JAWATAN KOSONG KEMENTRIAN PENDIDIKAN 2015

Kerja Kosong Kementrian Pendidikan (KMP) Tarikh tutup 31 Disember 2015. Maklumat Kerjaya Sepanjang Tahun dibuka oleh Kementrian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamatnya ialah untuk:
  1. melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  2. melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
  3. menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  4. memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama ialah Tun Abdul Razak, dan Menteri terkini merupakan Menteri I Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri II Dato’ Seri Idris Jusoh.
Kerja Kosong Terkini KMP 2015
Kerja Kosong Terkini KMP 2015

Pendidikan Wajib Kementrian Pendidikan

Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah selama selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.
Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Kini KMP mempelawa warganegara Malaysia untuk menjadi bahagian dari KMP dengan kekosongan Jawatan Terkini seperti berikut ini :-


JAWATAN KOSONG JULAI 2015 KMP 

TARIKH TUTUP 26 JULAI 2015

 IKLAN JAWATAN KOSONG:  GURU INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA PROGRAM (IBDP)

Bidang :

  • Matematik (SL) – di The Malay College Kuala Kangsar, Perak
  • Biology – di Kolej Tunku Kurshiah, Enstek, Negeri Sembilan
  • Visual Arts – di Kolej Tunku Kurshiah, Enstek, Negeri Sembilan

Syarat Lantikan :

  1. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  2. Kelulusan Ikhtisas pendidikan dari mana-mana institusi Pendidikan di Malaysia
  3. Sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.

SYARAT-SYARAT UMUM

A. TARAF JAWATAN

  • Semua jawatan akan dilantik secara TETAP.

B. KEWARGANEGARAAN, UMUR DAN KEMAHIRAN

  • Calon-calon lantikan terus hendaklah warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh lantikan.
  • Calon-calon hendaklah fasih Berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mampu bekerja dengan pengawasan minimum serta proaktif dalam tugas yang diberikan.

C. PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

  • Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan / Pihak Berkuasa Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan / Majikan dengan melampirkan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan lengkap.

D. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

  • Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA-CARA MEMOHON:

Resume yang telah lengkap diisi boleh dialamatkan kepada:-
PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN
ARAS 3, BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
26 Julai 2015

KEPUTUSAN :

  • Calon-calon yang berjaya ditapis sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan daripada pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

JAWATAN KOSONG BERTARAF KONTRAK
PEKERJA SAMBILAN HARIAN TARIKH TUTUP DESEMBER 2015


Peluang Kerjaya Di Bahagian Pembangunan Dan Penilaian Kompetensi Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dan berumur kurang daripada 45 tahun pada 31 Disember 2015 untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf kontrak seperti berikut:

PENEMPATAN/LOKASI : Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, Blok 4803, Suite 0-2 Bangunan CBD Perdana, Off Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya Selangor.

MAKLUMAT DETAIL :

  1. Nama Jawatan : Pegawai Tadbir
  2. Gelaran : Pekerja Sambilan Harian
  3. Klasifikasi : Pengurusan dan Pentadbiran
  4. Perkhidmatan : Kumpulan Pengurusan dan Profesional
  5. Status Jawatan : Kontrak
  6. Penempatan/ Lokasi : Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi Kementerian Pendidikan Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia)

KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 20 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan/Pentadbiran yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
Gaji : RM100/ sehari
4. Layak menerima Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam Negeri mengikut jenis tugas dan kelayakan akademik:

  1. Elaun Perjalanan Kenderaan;
  2. Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing;
  3. Elaun Harian (bertugas luar pejabat melebihi 8 jam sehari tetapi kurang daripada 24 jam); dan
  4. Elaun Makan (bertugas luar pejabat bagi tempoh 24 jam atau lebih).

5. Mempunyai kemahiran dalam:
a) MsOffice

  1. Word
  2. Excel
  3. Power Point

b) Bidang Pengurusan dan Pentadbiran
c) Pengendalian Kursus

  • Penganjuran dan Pengurusan Kursus
  • Pembentangan Sesi Latihan

6. Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;
7. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta boleh bekerja dalam satu pasukan; dan
8. Memiliki komitmen yang tinggi terhadap tugas dan boleh bekerja lebih masa

Sebarang pertanyaan sila e-Mel :


Puan Shahira Fauzia Bt Mohamed Shari
KPSU (BPPK) P (PP)
Unit Peperiksaan Perkhidmatan (PP)
e-Mel : fauzia.mshari@moe.gov.my
Fax : 03- 8317 9090 Cik Praveena a/p Murugaiah
PSU (BPPK) P (PP) 3
Unit Peperiksaan Perkhidmatan (PP)
e-Mel : praveena@moe.gov.my
Fax : 03- 8317 9090

MUAT TURUN PERMOHONAN DAN CARA MEMOHON SILA KLIK PAUTAN BERIKUT INI : JAWATAN KOSONG KMP 
TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 DISEMBER 2015

Jawatan kosong Terkini Januari 2016 Februari 2016