JAWATAN KOSONG TERBARU LEMBAGA TABUNG HAJI TARIKH TUTUP 07 FEBRUARI 2016

Kerja Kosong terkini Lembaga Tabung Haji. Iklan Kerjaya terkini datang dari Lembaga Tabung Haji, Tabung Haji ialah singkatan bagi “Lembaga Tabung Haji” atau LTH. Sebelum ini, LTH dikenali sebagai “Lembaga Urusan dan Tabung Haji” atau (LUTH) di Malaysia yang berperanan untuk menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia pergi ke Makkah pada setiap tahun. Bangunan pejabat utama Tabung Haji terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Malaysia. Tabung Haji merupakan institusi kewangan yang terbukti berkesan menguruskan perbelanjaan pergi dan balik dari Makkah. Rakyat Malaysia tidak perlu lagi bimbang dengan sistem bank konvensional yang riba dan tidak perlu lagi bergolok-gadai tanah sawah untuk pergi ke Makkah.

VISI

TUNGGAK KEJAYAAN EKONOMI UMMAH; PENGURUSAN HAJI TERBILANG

MISI

Dalam mencapai visi TH, TH beriltizam:-
  1. Memperkasakan Ekonomi Ummah
  2. Sentiasa Giat Mencari Pelaburan Strategik Global Dan Lokal Bagi Pertumbuhan Berterusan
  3. Menggembleng Dan Memperkaya Modal Pendeposit
  4. Memberikan Perkhidmatan Cemerlang Yang Berterusan
  5. Memudah Dan Menyempurnakan Urusan Jemaah Ke Arah Haji Mabrur
  6. Memberi Pulangan Yang Kompetitif, Halal dan Toyyiban

LATAR BELAKANG TH


Bertepatan dengan konsep Islam sebagai “Addeen” agama untuk dunia dan akhirat, setiap ibadah yang difardhukan oleh Allah s.w.t. memberi manfaat dunia dan akhirat. Atas iktikad mengerjakan haji, umat Islam terdorong mengumpulkan wang bagi membolehkan mereka berkemampuan memenuhi perbelanjaan ke Tanah Suci. Bagi mengelakkan unsur riba’ yang haram di sisi Islam, berbagai kaedah tradisional menyimpan wang diamalkan. Ada juga yang menjual ternakan dan harta benda warisan bagi mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci, yang mana akhirnya mengakibatkan tekanan ekonomi ke atas diri sendiri dan keluarga, semasa dan sekembalinya mereka dari menunaikan fardhu haji. Amalan ini juga secara tidak langsung turut merosakkan struktur ekonomi luar bandar serta mengancam pertumbuhan ekonomi negara.
Kerja Kosong Terbaru Lembaga Tabung Haji
Kerja Kosong Terbaru Lembaga Tabung Haji


Atas kesedaran dan keinsafan ini, serta bagi membantu mereka menyimpan sedikit demi sedikit tanpa melibatkan perkara-perkara yang haram, Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan beroperasi pada 30 September tahun 1963. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Yang Mulia Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk “Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji” pada tahun 1959.
Untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kemudahan kepada bakal-bakal haji, dalam tahun 1969 perbadanan tersebut dicantumkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang beroperasi di Pulau Pinang, dan dengan itu lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau ringkasnya Tabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 dengan tujuan untuk :

  • Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat;
  • Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam; dan
  • Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji yang menunaikan fardhu haji dengan menadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.
  • Merasaskan kepada tujuan-tujuan itu Tabung Haji telah menetapkan matlamatnya iaitu memberi perkhidmatan yang baik, sempurna dan amat memuaskan kepada jemaah haji Malaysia dalam urusan menunaikan fardhu haji; memberi keuntungan yang maksimum kepada pendeposit-pendeposit atas wang simpanan mereka.
  • Kenyataan ini adalah jelas menunujukkan bahawa Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci, malah ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut lunas-lunas Islam.
  • Sebagai sebuah badan yang berunsurkan korporat Tabung Haji amat peka dengan perkembangan dan perubahan yang melanda dunia di era 90an. Demi menjamin kesinambungan daya saingnya dalam era globalisasi satu kajian telah dibuat dalam tahun 1995 bagi meluaskan lagi skop dan peranan Tabung Haji. Dari itu, pada 1 Jun 1995 akta baru Tabung Haji iaitu Akta 535, Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dikuatkuasakan yang memansuhkan akta lama dan nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos 1997, dan serentak dengan itu huruf TH diperkenalkan sebagai singkatan nama menggantikan perkataan Tabung Haji.

 JAWATAN KOSONG TERBARU LEMBAGA TABUNG HAJI TARIKH TUTUP 07 FEBRUARI 2016

EKSEKUTIF PERCUKAIAN KUMPULAN-KUALA LUMPUR

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan atau Kewangan atau kelayakan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan; DAN
  2. Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

Keutamaan:-

  1. Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
  2. Mempunyai interpersonal yang cemerlang, proaktif, berdisiplin dan motivasi tinggi dalam meningkatkan prestasi kerja di samping boleh bekerja dengan baik di bawah seliaan yang minimum;
  3. Berpengetahuan dan mahir dalam penggunaan aplikasi Microsoft Office;
  4. Berpengetahuan dan mahir dalam penggunaan aplikasi sistem Oracle (FMS);
  5. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang percukaian (termasuk cukai barang dan perkhidmatan) sekurang-kurangnya tiga (3) hingga lima (5) tahun dalam firma perakaunan atau firma-firma lain yang berkaitan;
  6. Berpengetahuan dan boleh mengaplikasikan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, dan Akta-akta lain yang berkaitan dengan bidang percukaian dalam tugasan dan tanggungjawab yang diberikan.

TANGGUNGJAWAB

  1. Menyediakan pengiraan cukai pendapatan dan sentiasa memastikan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 adalah dipatuhi;
  2. Menyediakan pengiraan cukai barang dan perkhidmatan dan sentiasa memastikan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 adalah dipatuhi;
  3. Menyediakan pengiraan, borang nyata, laporan, dan sentiasa memastikan peruntukan-peruntukan di bawah Akta-akta lain berkaitan percukaian adalah dipatuhi;
  4. Berhubung dengan Perunding Cukai Luar, Pihak Berkuasa Cukai dan Pihak Berkuasa Kerajaan yang berkaitan ke atas pertanyaan isu percukaian, permohonan insentif, tindakan susulan dan rayuan;
  5. Berhubung dengan semua Bahagian/Jabatan/Cawangan untuk mengumpulkan maklumat bagi perkara-perkara pematuhan cukai, membantu dalam penyusunan maklumat dan menjawab persoalan berkenaan audit cukai dan penyiasatan;
  6. Melaksana tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengurusan dari semasa ke semasa.

PENOLONG PENGURUS BIMBINGAN-KUALA LUMPUR

Seiring dengan visi dan misi TH, permohonan adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam dan berkelayakan bagi mengisi jawatan seperti berikut:-

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan kepujian dari Universiti–universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; DAN
  2. Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  3. Komited dalam kerja berkumpulan dan berkemampuan bekerjasama dengan semua lapisan anggota dan perhubungan dengan agensi luar;
  4. Mampu berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Arab/Bahasa Inggeris dengan baik;
  5. Berpengetahuan dan mahir dalam penggunaan aplikasi-aplikasi Microsoft Office.
  6. Mempunyai pengalaman tiga (3) tahun bekerja dalam bidang pendidikan, pentadbiran atau Pengurusan Hal Ehwal Islam.

TANGGUNGJAWAB

  1. Bertanggungjawab membantu pelaksanaan Program Pembangunan Ibadat Haji seperti Bengkel Penilaian Ibadat Haji Tanah Suci, Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan, Kursus Pengukuhan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS), Bengkel Persiapan Kursus Haji dan lain-lain;
  2. Bertanggungjawab membantu pelaksanaan program pembangunan jemaah haji seperti Kursus Asas Haji, Kursus Intensif Haji, Kursus Khas Haji, Kursus Perdana Haji dan Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ);
  3. Mengendalikan Kursus Ibadat Haji dan Umrah untuk Petugas Haji;
  4. Mengendalikan urusan Badal Haji;
  5. Mengendalikan urusan (PIHTAS) dan Pakar Rujuk Ibadat Haji;
  6. Mengendalikan maklumat dan tauliah kebenaran mengajar untuk Pengkursus Ibadat Haji seluruh Negeri;
  7. Menjadi urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH – JAKIM);
  8. Menjadi urus setia program semakan buku dan bahan terbitan Bimbingan Haji;
  9. Menyelaras proses Penilaian Prestasi Tahunan Anggota bukan eksekutif peringkat Bahagian;
  10. Menyelaras penyediaan Takwim Urusan Haji Tahunan peringkat Bahagian;
  11. Menyelaras penyediaan dan pemantauan penggunaan bajet peringkat Bahagian;
  12. Lain-lain tugas/arahan dari masa ke semasa.

CARA MEMOHON KERJAYA


  1. Sila kunjungi pautan berikut:
  2. Pilih Kerjaya dimaksud
  3. Klik Apply Now

Demikian Info Kerjaya terkini semoga berfaedah.
Sumber
Jawatan kosong Terkini Januari 2016 Februari 2016