Panduan Resume Untuk Memulakan kerjaya Impian

Panduan Resume Untuk Memulakan kerjaya Impian

Suatu permulaan yang perlu dititik beratkan untuk permulaan karier, sudah semestinya resume.

Lebih – lebih lagi lepasan graduan yang ingin mencari pekerjaan yang akan menjanjikan keselesaan hidup pada masa akan datang.

Salah satu untuk memulakan impak kepada bakal majikan adalah dengan menulis resume yang memukau.

Daripada penulisan resume yang memukau, pastinya bakal majikan akan mula menyenarai pendek anda sebagai salah seorang yang bakal menjadi staf syarikat mereka.

Tahukah anda penulisan resume kerja tanpa perancangan akan menghasilkan resume yang sama seperti resume-resume yang lain. Jadi sekiranya tiada ‘SUATU TARIKAN’ yang memikat hati Pegawai Sumber Manusia, beliau akan tolak tepi resume anda tanpa melihat isi kandungan. Malah apa yang lebih sadis lagi, mereka membuang atau memadam resume yang anda hasilkan saban hari tanpa rasa bersalah.

Kenapa Perlu Menulis Resume

Lambakan peluang pekerjaan di Malaysia bukanlah satu tiket untuk kita mendapat kerja yang diimpikan. Dengan pertambahan bilangan graduan setiap tahun,persaingan bagi merebut tempat di alam pekerjaan menjadi semakin sengit. Dengan resume anda boleh menperkenalkan siapa anda dan apa kebolehan anda untuk membantu syarikat berkenaan untuk lebih maju dengan kehadiran anda.

Tiada guna jika anda merupakan graduan yang berfrofil tinggi di universiti, kolej mahupun sekolah, namun anda gagal mempersembahkan kelebihan anda melalui resume, iaitu perkara pertama yang akan dinilai oleh bakal majikan anda.

Jadi untuk anda yang inginkan panduan resume yang boleh membantu mendapatkan pekerjaan yang dinginkan, Anda boleh mula mendapatkan bagaimana cara membuat resume kerja yang mampu memikat hati bakal majikan anda?

Walaupun dengan teknologi dan informasi yang mudah didapati, anda mungkin tiada masalah mencari sumber rujukan dalam penulisan resume. Selain itu, anda juga boleh membuat sedikit rujukan melalui keluarga dan rakan anda. Namun sebenarnya tanpa panduan dan strategi yang betul, tindakan anda adalah sia-sia. Atau mungkin juga dengan lambakan informasi berkaitan penulisan resume kerja di internet akan membuat diri anda overload dan akhirnya tidak tahu panduan mana yang perlu diikuti.

www.panduanresume.com