Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17

Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17

Dari tahun 2014, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah memperkenalkan peperiksaan online sebagai alternatif untuk pengambilan calon-calon dalam sektor perkhidmatan awam. Ini tidak terkecuali dengan jawatan lepasan SPM iaitu peperiksaan online Pembantu Tadbir N17.

Oleh itu untuk calon – calon lepasan SPM yang berminat untuk berkerja dengan sektor perkhidmatan awam adalah diwajibkan mengambil peperiksaan online. Setelah lulus peperiksaan calon akan dipangil untuk temuduga sebagai proses akhir saringan sebelum dilantik sebagai pembantu tadbir.

Tugas Pembantu Tadbir N17

Antara adalah menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Peperiksaan online Pembantu Tadbir N17

Pihak SPA biasanya akan menjalankan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 pada waktu malam. Ini adalah kelebihan yang diberikan oleh pihak SPA. Ia sangat membantu untuk para calon menduduki peperiksaan tanpa mengangu waktu kerja.

Apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputerdan talian internet yang stabil.

Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 mempunyai 3 bahagian seksyen yang utama iaitu :

Seksyen A : Pengetahuan Am
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C : Penaksiran Personaliti

Seksyen A : Pengetahuan Am

Calon-calon yang terlibat wajib menjawab 40 soalan yang beraneka pilihan. Mereka akan ditanyakan soalan yang biasanya berkaitan dengan hal-ehwal pentadbiran, teknologi maklumat, pentadbiran kerajaan, komunikasi, isu semasa dan sejarah Malaysia. Masa yang diberi selama 30 minit,

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam masa 25 mini dengan 20 soalan, Seksyen ini akan menguji calon-calon untuk menyelesaikan masalah pengiraan menerusi konsep Kemahiran Logik, Kemahiran Interpretasi Data dan Konsep Matematik.

Seksyen C : Penaksiran Personaliti

Anda akan disoal dengan perkara-perkara yang melibatkan personaliti diri calon iaitu, kebolehan sosial, kejujuran, kepimpinan, disiplin, komunikasi, integriti, toleransi, kestabilan emosi dan kerjasama. Dalam masa 20 minit, calon-calon dikehendaki menjawab 96 soalan yang beraneka pilihan.

Rujukan peperiksaan online Pembantu Tadbir

Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17

Untuk anda yang terlibat dalam peperiksaan online pembantu tadbir, anda bolelah mendapatkan rujukan pantas bagi membantu anda menghadapi peperiksaan. Rujukan ini sebenarnya adalah rujukan yang anda boleh dapat secara percuma apabila anda mendapatkan mendapatkan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan.