Rujukan Peperiksaan Pereka Julai 2015

Rujukan Peperiksaan Pereka Julai 2015

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE
============================================

PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PEREKA GRED B41
Tarikh Peperiksaan : 29 Julai 2015
Masa : 03:00 PTG – 03:40 PTG

  • Deskripsi Tugas:
    Bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk pengurusan bahan serta peralatan yang berkaitan.

Tanga Gaji –

Jadual gaji pereka 1Jadual gaji pereka 2

 

Jika anda adalah salah seorang yang layak menduduki peperiksaan ini , Anda memerlukan nota – nota yang mampu membantu anda dalam mengahadapi peperiksaan ini –

Preview Nota : –

Nota 1 : Asas-asas / Elemen-elemen Seni Lukis

Terdapat beberapa elemen asas yang perlu diketahui dalam seni lukis seperti :

  • Garisan
  • Jalinan
  • Warna
  • Rupa Bentuk
  • Ruang

Nota 2 : Garisan dan Kegunaannya

  • Garisan merupakan unsur seni yang paling asas.
  • Apa itu garisan?
    • Merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.
    • Dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.
    • Terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.
      • Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia :-
        • Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak
        • fabrik, jala, penapis   dan sebagainya.
      • Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi :
        • Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat
        • daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar,
        • kulit kayu dan sebagainya
      • Jenis-jenis garisan (12 jenis) :
    • Halus
    • Tebal
    • Beralun
    • Berpancar
    • Berlingkar
    • Berserabut
    • Bersudut-sudut
    • Bergerigi
    • Berbiji
    • Berbulu
    • Putus-putus
    • Berduri
  • Fungsi garisan
  • Menimbulkan rupa.
  • Menimbulkan bentuk.
  • Menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
  • Mewujudkan ruang.
  • Menghasilkan jalinan.
  • Menghasilkan motif pada reka corak.
  • Mewujudkan ton.
  • Menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.
  • Hubungan garisan, ton dan ruang :
    • Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap.
    • Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap.
    • Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.
  • Penggunaan garisan dalam karya seni
    • Lukisan
    • Catan
    • Anyaman
    • Tenunan
    • Kolaj
    • Pualaman
    • Arca
    • Gurisan
    • Cetakan
    • Resis (batik / ikat celup)

Nota 3 : Apa Itu Jalinan dan Kegunaannya?

  • Jalinan adalah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.
  • Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.
  • Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.
  • 2 jenis jalinan
  • Jalinan Sentuh
    • Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang
    • Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya.
  • Jalinan Tampak
    • Merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.
  • Terdapat beberapa fungsi untuk jalinan iaitu:
    • Sebagai Penyamaran – seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang.
    • Menahan Geseran – tayar kereta, tapak kasut.
    • Sebagai hiasan – corak pakaian, corak kertas dinding.
    • Pengaliran air dan udara.
  • Contoh karya berjalinan tampak :
  • Gosokan
  • Teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.
  •  Capan
    • Kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas.
  • Ikat dan celup
    • Menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki.
  • Pualaman
    • Menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.
  • Batik
    • Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya.
  • Lukisan dan catan
    • Menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan.
  • Cara/Kaedah penghasilan karya berjalinan :
  • Anyaman
    • Penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya.
  • Tenunan
    • Jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh.
  • Sulaman 
    • Semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh.
  • Kolaj
    • Merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat  daripada bahan-bahan  seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain

Nota 4 : Pengenalan : Rupa

  • Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
  • Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
  • Jenis Rupa :
    • Rupa Geometri
      • Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu
    • Rupa Organik
      • Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya. Ia dihasilkan secara sepontan.
    • Rupa Positif – Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
    • Rupa negatif – Ruang di sekeliling rupa objek tersebut.
    • Peranan rupa dalam aktiviti mencorak :
      • Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).
      • Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.
      • Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.
      • Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.
    • Jenis-jenis susunan dalam mencorak :
      • Susunan selang-seli
      • Susunan turun separa
      • Susunan batu-bata.
      • Susunan orgee
      • Susunan cerminan
      • Susunan sisik ikan
    • Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan.
    • Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.
    • Rupa dan Muka Taip :
      • Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
      • Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
      • Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif ( tidak berekor).

Nota 5 : Apa Itu Bentuk dan Pengenalan

 

Apa itu bentuk? :

  • Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)
  • Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.
  • Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.
  • Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.

Ciri-ciri bentuk adalah :

  • Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman
  • Berstruktur – mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna
  • Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan
  • Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang

Terdapat 2 jenis bentuk, iaitu :

  • Bentuk Konkrit
    • Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
    • Mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata).
    • Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.
  • Bentuk Ilusi
    • Bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain
    • Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)
    • Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
    • Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.

Bentuk konkrit dibina melalui cara berikut :

  • Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai).
  • Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi)
  • Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca dan sebagainya.

 

Nota 6 : Pengenalan Ruang

  • Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh.
  • Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.
  • Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis.
  • Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 cara iaitu :-
  1. Perspektif 1 titik lenyap
  2. Perspektif 2 titik lenyap
  3. Perspektif 3 titik lenyap

 

Panduan menghasilkan lukisan :

  • Perspektif 1 titik lenyap
    • Perspektif 1 titik lenyap berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan menghilang. Objek akan menjadi besar apabila hampir dengan kita.
  • Perspektif 2 titik lenyap
    • Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan memfokuskan ke arah bahagian tengah yang menjadi bahagian terdekat atau paling hadapan.
  • Perspektif 3 titik lenyap
    • Biasanya digunakan semasa menghasilkan lukisan bangunan-bangunan yang tinggi

.

.Perperiksaan online pereka

Nota 29 : Pemilihan Perisian Grafik Yang Betul

Nota 30 : Format Fail Grafik Vektor

Nota Penuh Rujukan Peperiksaan PEREKA

Contoh soalan Peperiksaan Pereka :

  1. Apakah elemen-elemen yang berkaitan dengan senilukis?
  1. Garisan
  2. Jalinan
  • Warna
  1. Citarasa
  1. I dan II
  2. I, II dan III
  3. II, III dan IV
  4. I, II, III dan IV
  1. Apakah unsur seni yang paling asas sekali?
  1. Jalinan
  2. Garisan
  3. Ruang
  4. Jalinan
  1. Apakah pernyataan yang paling sesuai untuk menggambarkan huraian mengenai garisan?
  1. Satu siri poin yang berhubung dengan poin yang lain.
  2. Gabungan titik ke titik yang disambungkan antara satu sama lain.
  3. Garisan dihasilkan dengan campuran pelbagai media untuk melukis.
  4. Ia terdapat di mana-mana sahaja seperti ciptaan manusia dan alam semulajadi.
  1. Berikan contoh objek buatan manusia yang mempunyai garisan KECUALI
  1. Kain songket
  2. Kertas kosong
  3. Jaring
  4. Penapis air
  5. Berikut ialah senarai objek semulajadi yang mempunyai garisan KECUALI
  1. Cermin
  2. Batu sungai
  3. Akar kayu
  4. Kulit pokok
  1. Secara umumnya, terdapat 12 jenis garisan yang ada dalam senilukis. Di antaranya ialah
  2. Garisan halus
  3. Garisan tebal
  • Garisan berbelang
  1. Garisan berbunga
  1. I dan II
  2. I, II dan III
  3. II, III dan IV
  4. I, II, III dan IV
  1. Apakah yang anda tahu mengenai fungsi garisan?
  1. Mewujudkan rasa
  2. Menampilkan bentuk
  3. Menampakkan objek
  4. Menonjolkan ruang

Nota Penuh Rujukan Peperiksaan PEREKA