TEMUDUGA TERBUKA AIRASIA JANUARI 2016


Jawatan kosong Airasia KLIA
Syarikat Penerbangan Tambang Murah Dunia Air Asia memberikan perkhidmatan penerbangan tambang murah kepada pelanggan di seluruh dunia terutama Malaysia.

Sehubungan perkembangan semasa, permohonan dipelawa dikalangan Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Airasia. Kekosongan jawatan terkini yang ditawarkan ialah :-

KREW KABIN

Kelayakan

  • Terbuka kepada calon wanita dan lelaki
  • Berumur diantara 18 hingga 35 tahun (bagi calon PLKN sila bawa sijil tamat kursus PLKN atau sila cetak dari khidmatnegara.gov.my )
  • Calon wanita : Tinggi minima 157-170 sm (tanpa kasut)
  • Calon lelaki : Tinggi minima 170-180 sm (tanpa kasut)
  • Minima SPM dengan kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
  • Graduan baru digalakkan untuk memohon (apa-apa bidang)

Kritera dikehendaki

  • Memiliki watak yang ceria, gembira dan personaliti yang menarik
  • Sentiasa tersenyum, cergas dan bertenaga
  • Mahir dalam menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan bersopan
  • Bersikap positif dengan kemahiran semulajadi untuk memberi kemahiran yang cemerlang dalam suasana kerja berpasukan
  • Boleh berurusan dan berkomunikasi dengan semua peringkat atau lapisan masyarakat


Sehubungan dengan itu, sesi temuduga terbuka Airasia akan diadakan seperti berikut :-

1. JOHOR & LANGKAWI

Tarikh : 08 JANUARI 2016
Hari : JUMAAT
Masa Pendaftaran : 9.00 PAGI HINGGA 11.00 PAGI
Lokasi :

  1. PEJABAT AIRASIA, LAPANGAN TERBANG ANTARABANSA SENAI, JOHOR.
  2. PEJABAT AIRASIA, LAPANGAN TERBANG ANTARABANSA LANGKAWI

2. KLIA

Tarikh : 09 JANUARI 2016
Hari : SABTU
Masa Pendaftaran : 9.00 PAGI HINGGA 11.00 PAGI
Lokasi :

ASIAN AVIATION CENTRE OF EXCELLENCE S/B,
LOT PT 25B JALAN KLIA S5
SOUTHERN SUPPORT ZONE, KLIA
64000 SEPANG
SELANGOR DARUL EHSAN.

3. P.PINANG, SABAH & SARAWAK

Tarikh : 30 JANUARI 2016
Hari : SABTU
Masa Pendaftaran : 9.00 PAGI HINGGA 11.00 PAGI
Lokasi :

  1. PEJABAT AIRASIA, LAPANGAN TERBANG ANTARABANSA PULAU PINANG.
  2. PEJABAT AIRASIA, LAPANGAN TERBANG ANTARABANSA KOTA KINABALU SABAH.
  3. PEJABAT AIRASIA, LAPANGAN TERBANG ANTARABANSA KUCHING SARAWAK.

Kod berpakaian :

  1. Lelaki – Baju formal pejabat.
  2. Wanita – Baju formal pejabat (skirt melepasi lutut) dan hias diri.


Perhatian kepada calon yang akan menghadiri sesi temuduga terbuka Airasia di atas, sila lengkap dan bawa bersama sijil asal dan salinan berikut :-

  1. Borang permohonan jawatan kosong di sini (KLIK SINI)
  2. Resume lengkap terkini
  3. Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang saiz A4)
  4. Salinan sijil-sijil akademik (Minima SPM / Diploma / Ijazah dan salinan transkrip)
  5. Sekeping gambar terkini berukuran pasport (takat bahu dan kepala)
  6. Sekeping gambar penuh (saiz poskad)



Jawatan Kosong Terkini