TEMUDUGA TERBUKA MYDIN JUN 2015

TEMUDUGA TERBUKA MYDIN JUN 2015


Jawatan kosong Mydin Jun 2015
Mydin merupakan syarikat pemborong dan peruncit terbesar dan kukuh di Malaysia. Dengan memiliki 9 model perniagaan seperti pasaraya besar, emporium, kedai serbaneka 24 jam, pasar mini, bazar, pusat atau kompleks membeli-belah, pasara mini tanpa (perkhidmatan kaunter), pasaraya dan restoran premium. Keseluruhan lebih daripada 200 cawangan di seluruh Malaysia, kami berhasrat menjadi pengedar utama barangan dan perkhidmatan HALAL utama suatu hari nanti.

Justeru itu peluang pekerjaan dibuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Mydin Bukit Mertajam Pulau Pinang. Jawatan kosong terkini Mydin Jun 2015 yang ditawarkan ialah :-

  1. PENGURUS / PENOLONG PENGURUS
  2. EKSEKUTIF / PENOLONG EKSEKUTIF OPERASI
  3. EKSEKUTIF KHIDMAT PELANGGAN
  4. PENYELENGGARA (CHARGEMAN) – BO
  5. PENYELIA / PENOLONG PENYELIA
  6. ARTIS PAPARAN (DISPLAY ARTIST)
  7. PEMBANTU INVENTORI
  8. PEMOTONG DAGING (BUTCHER)
  9. JURUWANG
  10. PEMBANTU JUALAN
  11. PEMBANTU STOR
  12. PENGAWAL KESELAMATAN

Sehubungan dengan itu sesi temuduga terbuka Mydin Bukit Mertajam akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 16 HINGGA 27 JUN 2015
Masa : 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
Tempat : 
JABATAN TENAGA KERJA (JTK), BUTTERWORTH
JALAN BAGAN LUAR (SEBELAH BALAI BOMBA BUTTERWORTH)

Perhatian : Calon yang akan menghadiri sesi temuduga terbuka di atas sila  berpakaian kemas dengan membawa bersama sijil & dokumen ASAL dan SALINAN berkaitan, kad pengenalan dan gambar terkini berukuran pasport.

Jawatan Kosong Terkini