TEMUDUGA TERBUKA SYARIKAT BUKU MUDA OSMAN

TEMUDUGA TERBUKA SYARIKAT BUKU MUDA OSMAN


Kerja kosong Syarikat Muda Osman

Permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Syarikat Muda Osman Sdn Bhd Cawangan Putrajaya. Jawatan kosong terkini yang ditawarkan ialah :-

1. PENYELIA

Tanggungjawab
  • Memimpin dan menguruskan operasi cawangan yang dipertanggungjawabkan
  • Memastikan staf mematuhi dan menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan oleh syarikat dari semasa ke semasa

Kelayakan
  • Minima diploma
  • Komited sepenuhnya terhadap tugas yang diberikan
  • Boleh bekerja syif atau pada hari cuti umum
  • Berpengalaman dalam bidang penyeliaan


2. PENOLONG PENYELIA

Tanggungjawab
  • Membantu penyelia ke atas operasi cawangan

Kelayakan
  • Berkelulusan sijil atau diploma
  • Berkepimpinan
  • Komited sepenuhnya terhadap tugas yang diberikan
  • Boleh bekerja syif atau pada hari cuti umum


3. PEMBANTU PERUNCITAN

Tanggungjawab
  • Membantu bahagian jualan
  • Melayan pelanggan dan menyusun atur stok
  • Membantu pelanggan untuk membuat bayaran

Kelayakan
  • Berkelulusan SPM
  • Boleh bekerja syif, lebih masa  dan hari cuti umum
  • Boleh berdikari dalam melaksanakan tugas sebagai pembantu jualan

Sehubungan itu, sesi temuduga terbuka akan diadakan seperti berikut :-

1. BANGI

Tarikh : 03 & 04 JUN 2015
Hari : RABU & KHAMIS
Masa : 10.30 PAGI hingga 4.30 PETANG
Tempat :
PEJABAT TENAGA KERJA BANGI,
NO.709, KOMPLEKS DIAMOND,
43650 BANDAR BARU BANGI,
SELANGOR.

2. PUTRAJAYA

Tarikh : 07 & 08 JUN 2015
Hari : AHAD & ISNIN
Masa : 10.30 PAGI hingga 4.30 PETANG
Tempat :
SMO BOOKSTORES,
C19 & C20, BAZAAR@8,
JALAN P8, PRESINT 8,
62250 PUTRAJAYA.

Perhatian kepada calon yang akan menghadiri sesi temuduga terbuka di atas sila bawa bersama resume lengkap, sijil asal dan salinan berikut :- kad pengenalan, sijil akademik tertinggi dan sekeping gambar terkini berukuran pasport.   


Jawatan Kosong Terkini